Monday 6 June 2011

Fix Masalah NTLDR is Missing

Saya pernah mengalami masalah “NTLDR is missing” bila saya mula-mula hidupkan komputer.  Bila ini berlaku saya tak dapat nak log masuk ke bahagian Desktop. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh Windows boot loader tidak dijumpai dalam sistem dan NTLDR telah corrupt ataupun telah di delete.

Jadi apa yang saya buat ialah:

1. Tukarkan First boot sequences kepada CD-ROM.

2. Masukkan CD Windows dan Reboot/Restart.

3. Tekan apa-apa butang bila keluar “Press any key to boot from CD”.

4. Tunggu hingga muncul “To repair a Windows XP installation using Recovery Console, Press R”, anda klik butang R.Butang R tu untuk repair.

5. Korang akan ditanya sistem mana yang korang hendak baiki, masukkan angka 1 dan tekan Enter.

6. Korang akan diminta untuk masukkan password admin jika ada. Jika tiada abaikan dengan menekan butang Enter.

7. Lepas tu taip:

COPY D:\I386\NTLDR C:\

COPY D:\I386\NTDETECT.COM C:\

8. Tukarkan D: kepada drive CD-ROM korang.

9. Keluarkan CD dan Restart komputer.

Cara ini kadang-kadang menjadi dan kadangkala tidak untuk sesetengah komputer.Saya tak tau apa sebabnya. Untuk langkah keselamatan, apa yang perlu korang buat adalah buat backup benda-benda penting dulu sebelum korang menangis tak berlagu kena format.

P/s:Untuk pengguna Window XP sahaja.

No comments:

Post a Comment